Wednesday 18 January 2017

Filled Under:

TERKINI ! Sah ! Penjaga Masjid Putus Kepala Dipenggal Ketika Sujud, Kejadian Baru Berlaku Sebentar Tadi Di Masjid .....

TERKINI ! Sah ! Penjaga Masjid Putus Kepala Dipenggal Ketika Sujud, Kejadian Baru Berlaku Sebentar Tadi Di Masjid .....








KEJAM! Seorang penjaga masjid maut selepas kepalanya dipenggal ketika sedang menunaikan solat Zohor di Masjid Muhajirin, Sungai Cuka Kintap, Kalimantan Selatan.



Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Soetoyo, 40, merupakan penduduk baru di kampung tersebut.







Memetik dari Eberita.org, mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang ingin menunaikan solat Asar dalam keadaan tanpa kepala dan berlumuran darah.



Selepas polis melakukan siasatan, kepala mangsa akhirnya ditemui kira-kira 150 meter dari masjid. Seorang lelaki yang tinggal di sekitar penemuan kepala mangsa turut ditahan berserta bahan bukti seperti parang berdarah, cangkul dan gergaji ditemukan dirumahnya.



Menurut siasatan awal, punca pembunuhan berkait dengan etnik perkauman di kampung itu.




Melihat kesan kelar pada leher mangsa, kemungkinan besar mangsa dipenggal ketika sujud, kata pihak polis Banjarbaru.



Seorang rakan mangsa bernama Suib berkata, dia dan mangsa kerap berkunjung ke rumah suspek untuk menghantar makanan ringan atau buah-buahan ketika suspek sedang sakit.



Walaupun suspek dikatakan mengidap sakit mental namun mangsa tidak pernah melayannya dengan buruk.






Gambar kecil, muka suspek



”tak sangka dia sanggup membunuhnya” katanya ketika dihubungi pemberita.



Bagaimanapun, pihak polis masih lagi meneruskan siasatan lanjut untuk mengetahui sama ada pembunuhan itu bermotifkan dendam atau sebaliknya.



Berita kematian penjaga masjid dalam keadaan sadis ini mula tular di media sosial tempatan (Indonesia) sejak semalam. Rata-rata netizen terkejut, marah dan mengecam perbuatan pelaku yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusian.




0 comments:

Post a Comment