“Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”
“Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia”
12 MARCH , 2017 Pada Februari yang lepas, ibu Azwan Ali telah meninggal dunia dan Azwan Ali dikatakan tidak melawat langsung jenazah apatah lagi berada di kubur arwah ibunya.
Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia.
Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan Melodi sebentar tadi.
“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila Maknya sendiri meninggal dunia… Saya ada sejuta sebab kenapa saya tidak langsung menghadiri..
Saya tak pergi melawat jenazah dan saya tidak berada di tanah perkuburan, tetapi saya akan menjawab dengan Allah SWT sebab Allah Maha mengetahui kenapa saya tidak berada di sisi jenazah” – Azwan Ali
Alahai, masa hidup pun susah nak melawat apatah lagi masa dah meninggal dunia. Senang dan mudah jawapan si Azwan ni, biar dia jawab dengan Allah sebab Allah Maha mengetahui.
ArtisBuzz : Ingat ya, syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu. Harap insaf ya Azwan Ali…
Mencari Waris Kerana Sedang Tenat – Mohon Viralkan
MENCARI WARIS – Mohon viralkan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..saya wakil dari keluarga mohon jasa baik sahabat membantu kami sekeluarga mencari waris sebenar Hajah Napsiah Binti marto..
Hajah Napsiah tinggal dengan ank angkatnya iaitu ibu saya Faridah binti sulaiman di Pontian Johor. Namun kami sekeluarga rasa bertanggungjawab untuk mencari waris Hajah Napsiah dan memaklumkan keadaan ibu kandungnya yang sedang nazak..maklumat terakhir yang kami tahu adalah anak kandungnya berada di Selangor.
Nama ank kandungnya :
1- KUSAINI BIN HASAN
2 -BAKRI BIN HASAN.
Mohon sesiapa yang mempunyai maklumat anak2 waris ini berhubung dengan wakil keluarga kami.
Bayi disuap makanan sambil baring, anak² asuhan disuruh urut kaki pengasuh?
Kiri, anak-anak asuhan bergelimpangan. Gambar kanan menunjukkan anak-anak asuhan disuruh mengurut kaki | Foto - Azlinda Husna
KUALA LUMPUR - Viral di media sosial sebuah taska dilaporkan tidak mematuhi atau mengamalkan ciri-ciri sebuah taska mengikut standard yang telah ditetapkan mencetuskan kemarahan netizen khususnya golongan ibu.
Gambar dan video yang dimuat naik oleh Azlinda Husna itu menunjukkan anak-anak asuhan dibiarkan baring di atas lantai tanpa sebarang alas, selain bayi dibiarkan menangis dan diberi makan dalam keadaan baring.
Beberapa anak-anak asuhan berusia lingkungan 3-4 tahun pula dilihat disuruh mengurut kaki seorang pengasuhnya.
Berdasarkan video dan gambar tersebut, keseluruhan operasi taska yang tidak didedahkan lokasinya itu dilihat tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi sehingga taska menjadi huru hara dan tidak teratur.
Selain mempersoalkan mengapa anak-anak asuhan terlalu ramai, tidak mengimbangi jumlah pengasuh yang ada, netizen turut mempertikaikan taska itu kelihatan suram dan tidak ceria. Televisyen yang disediakan pula terlalu kecil dan tinggi, selain diletakkan dalam 'kotak besi' yang amat membahayakan penghuninya.
Menurut Azlina, beliau sudah cuba melaporkan perkara itu kepada pihak JKM sejak 5 Mac lalu, namun tiada sebarang tindakan yang diambil. Sehinggalah semalam beliau menghubungi Talian Annur.
"Alhamdulillah, JKM dan pihak polis telah jalankan siasatan. Semoga perkara ini menjadi iktibar buat semua ibu bapa dan diri saya sendiri.
"Kalau anak kecil menangis-nangis tak nak dengan pengasuh, segeralah cari yang lain. InshaAllah ada jalan penyelesaian," katanya.
Kami masih cuba menghubungi Puan Azlinda Husna untuk mendapatkan gambar cerita sebenarnya yang mendorong kepada aduannya kepada pihak JKM. - The Reporter
(VIRAL) Masih Ingat Bayi Yang dijumpai Di dalam Tong Sampah Bersama Semut yang sedang menggigitnya ??
Sangat disayangkan, bayi tak berdosa lagi-lagi harus menanggung perbuatan orangtua mereka yang tidak bertanggung jawab. Salah satunya menimpa bayi ganteng yang ditemukan di dalam tong sampah ini. Bayi malang tersebut baru saja membuat heboh jagad maya karena fotonya berad diantara sampah beredar di dunia maya.
Foto bayi itu pertama kali diunggah pengguna Facebook dengan Miss Black Heart JPA, yang kemungkinan besar seorang warga Filipina. Mulanya para pengguna internet mengira pengguna tersebut adalah orangtua sang bayi dan sangat marah padanya. Bayi itu tampak teronggok bersama tumpukan sampah kotor.
Namun Miss Black segera mengklarifikasi dan menjelaskan bahwa foto itu diambil di tempat penemuan bayi. Untungnya, bayi tampan itu segera diselamatkan warga setempat. Hingga saat ini identitas bayi ataupun orang tua bayi tersebut masih belum terungkap.
10 FOTO: Pengacara Mat Dan "Kaki Jalan" Selamat Bernikah Dengan Gadis Terengganu
Pengacara Mat Dan "Kaki Jalan" Selamat Bernikah Dengan Gadis Terengganu
MAT DAN BERTUNANG PAGI TADI
Pengacara berbangsa Inggeris yang fasih bercakap loghat Terengganu, Mat Dan telah selamat bertunang dengan gadis Melayu dalam majlis di Bukit Chendering, Kuala Terengganu, pagi tadi.
Mat Dan atau nama sebenarnya, Kareef Daniel Abdullah merupakan pengacara rancangan yang semakin disukai ramai iaitu "Mat Dan Kaki Jalan"
Beberapa ekping gambar pertunangan telah tersebar di laman sosial,
Gambar ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari seorang gadis bertudung dan berbaju kurung warna biru atau purple.
Difahamkan, majlis pertunangan itu dilangsungkan jam 10 pagi tadi dan hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.
Majlis berjalan secara sederhana tanpa sebarang liputan media demi menghormati permintaan keluarga kedua-dua pihak.
Identiti gadis pilihan hati Mat Dan juga tidak dapat didedahkan atas permintaan keluarganya, jelas sumber terdekat.
Ini foto pertunangan:
MAT DAN BERNIKAH PETANG TADI
Selepas bertunang, Mat Dan dan wanita tersebut akhirnya disatukan.
Satu majlis pernikahan telah berlangsung diercayai di rumah wanita terbabit.
Beberapa keping gambar Mat Dan dan isteri telah tersebar di laman media sosial.
Raja Bomoh Buat Ritual Simbolik 'Meriam Buluh' Bagi 'Memagar' Malaysia Dari Ancaman Serangan Asing
Sepang - Mungkin sudah lama kita tidak mendengar nama Raja Bomoh, namun beliau sekali lagi muncul baru-baru ini dengan ritual terbarunya.
Raja Bomoh atau Mahaguru Ibrahim Mat Zin dilihat membuat satu ritual yang bertujuan memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat dalam masa yang sama 'memagar' Malaysia dari serangan asing.
"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.
"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya sebagaimana lapor portal berita tempatan, Smasa News.
Menerusi video ritual itu, dilihat Raja Bomoh menggunakan teropong, buah kelapa dan lima meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini.
"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.
"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.