Friday 13 January 2017

Filled Under:

Pengakuan Tiga Pelaku Rogol & Bunuh Budak 4 Tahun


Pengakuan Tiga Pelaku Rogol & Bunuh Budak 4 Tahun


Pengakuan Tiga Pelaku Rogol & Bunuh Budak 4 Tahun|Beberapa kesan luka pada muka seorang kanak-kanak perempuan baru berusia lima tahun yang dirogol secara bergilir-gilir tiga lelaki di Kota Sorong, Papua Barat, menunjukkan perbuatan kejam mereka memukul mangsa sebelum membunuh budak itu.

Antara kesan luka yang ditemui ialah bibir atasnya bengkak serta kesan luka sepanjang satu sentimeter pada bahagian dalam bibir. Selain itu, dagu kanak-kanak malang itu juga ada kesan luka serta bengkak.

Mayat budak perempuan itu, Khezia, ditemui dalam lumpur di di kawasan paya berhampiran sungai dekat Jalan Basuki Rahmat, Sorong Manoi di Kota Sorong, Selasa lalu.

Perogolnya ialah jiran mangsa, iaitu Donal Wanggaimo, 20, Nando Kinombae, 19, dan Lewi Gogoba , 20, yang sudah ditahan polis.

Menurut portal berita Indonesia, ketiga-tiga mereka mengaku merogol sebelum mencekik hingga mati mangsa itu sebelum membenam mayatnya dalam lumpur.

Ketua Polis Sorong Kota, Edfrie R Maith, berkata sebelum kejadian, Donal mengambil budak itu dari rumahnya dan membawa ke dalam semak di hujung jalan sebelum dua rakannya datang dan mereka bergilir-gilir memperkosa mangsa.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek mengaku mabuk akibat arak ketika kejadian.

Mayat Kheiza ditemui berdasarkan maklumat abangnya yang melihat dia dibawa pergi oleh Donal yang membawa kepada penahanan mereka beberapa jam kemudian.

Buat masa ini, hukuman untuk kesalahan itu adalah penjara seumur hidup, namun kerajaan Indonesia juga bakal melaksanakan hukuman kembiri secara kimia terhadap pesalah seks kanak-kanak.





0 comments:

Post a Comment