Sunday 8 January 2017

Filled Under:

Bapa Jahanam!! Dera Dan Pukul Anak Berusia 5 Tahun Serta Mencurah Air Panas Di Kemaluan...Tak Sanggup Nak Tengok!! Kesian dik, Moga cepat sembuh yer dik...Harap Si Bapa Cepat Ditangkap.... Binatang Pun Tak Buat Kat Anak Dia Macam tu...

Bapa Jahanam!! Dera Dan Pukul Anak Berusia 5 Tahun Serta Mencurah Air Panas Di Kemaluan...Tak Sanggup Nak Tengok!! Kesian dik, Moga cepat sembuh yer dik...Harap Si Bapa Cepat Ditangkap.... Binatang Pun Tak Buat Kat Anak Dia Macam tu...



Budak 5 Tahun Dipukul & Kemaluan Dicurah Air Panas|Seorang kanak-kanak berusia 5 tahun trauma dipercayai didera dan dicurah air panas di bahagian kemaluannya.

Polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita dipercayai ibu-bapa kanak-kanak malang itu yang dilaporkan melarikan diri.

Pasukan perubatan mendapati badan kanak-kanak itu dipenuhi lebam-lebam dan kesan melecur di sekitar pangkal paha dan perut.

Kanak-kanak itu memberitahu kakitangan hospital di Pathum Thani, tengah Thailand, perbuatan itu dilakukan oleh ibu tirinya.

Jurucakap Hospital Pathum Thani berkata, kanak-kanak lelaki itu kini dirawat dan beransur pulih.

“Polis dan perkhidmatan sosial masih berusaha untuk mencari keluarga mangsa.

Kami masih tidak mengetahui siapa yang membawa mangsa ke hospital.

“Saya tidak tahu siapa yang tergamak melakukan demikian terhadap kanak-kanak itu,” katanya dipetik Mirror.uk.

Pekerja sosial mengenal pasti kanak-kanak itu dan melawat kediaman keluarganya bersama polis namun ia kosong.

Menurut jiran, lelaki dan wanita berkenaan pergi bekerja di Uttaradit, utara Thailand.

Polis percaya, dua individu yang meninggalkan kanak-kanak itu di hospital bukan ibu bapanya dan pihak polis sedang mencari mereka bagi membantu siasatan. Seorang pegawai polis Thunyaburi berkata, kanak-kanak itu mengalami kecederaan teruk.

“Dia memberitahu nama dan di mana lokasi dia tinggal, dan sedang berusaha untuk mencari mereka.

Mangsa akan berada di hospital kira-kira seminggu atau dua minggu lagi sebelum dihantar ke pusat perlindungan kanak-kanak,” katanya.







0 comments:

Post a Comment